20141012

He was 19.

11 October, 2014. 

A very young boy, Mohd Ibrahim Shahir, lost his battle to cancer. Leukimia to be exact. He was diagnosed as having leukimia, 3 months ago. 3 months ago. THREE MONTHS ago. I still can't believe it was just 3 months ago. When I first knew about what happened to him, I really have faith in him. I though, " Ohh, he's a strong boy. He'll make it through. He'll be fine. He is a fighter, " But I forgot that Allah is the one who makes all the decisions. Allah loves Ibrahim more. He took what is belong to him. 

Ibrahim. I dont know him that well. But, I still can't believe that he is not longer breathing the same air that I breath, we are no longer sharing the same sun, moon and stars. He is not here, anymore. 

Ibrahim. We may not know each other well, but Insyallah, you will be in my prayer. I am sorry for not visiting you while you were in the hospital. It doesn't mean that I don't care. I do. It is just so hard for me because it will be like super awkward to act like nothing ever happen. But I regret it now. I really do. 

Ibrahim. You are now in a better place. Allah loves you more, adik

Al - Fatihah.

MOHD IBRAHIM SHAHIR BIN ROSLAN SHAHIR.
6 October 1995 - 11 October 2014.

You will be missed, Ibrahim.




20140821

Famous lepas mati.

Teknologi sekarang semakin menakutkan. Pantang ada orang mati, mesti tersebar gambar mayat. Masalahnya, yang hantar gambar ni semua bukan budak sekolah, dah tahap bapak budak, yang kebanyakkan ada spm, diploma atau degree. 

Soalan untuk orang yang suka share gambar ni, bila korang mati nanti, takkisahlah cara macam mana pun, korang kisah tak kalau orang share gambar mayat korang dengan alasan untuk bagi pengajaran? Kalau korang takkisah, korang nak famous lepas mati, sila pesan dekat keluarga dan kawan kawan. Suruh diaorang carik angle yang paling baik, yang paling ngeri untuk bagi pengajaran untuk orang lain. Kalau korang jenis macam ni, silalah share gambar-gambar mayat tu semua, lagi ngeri lagi bagus, lagi banyak pengajaran. Yelah, memang dah kerja korang nak bagi pengajaran guna cara tu kan?

Tapiiii, kalau korang jenis yang, " Ehh, kau pehal nak share gambar aku time mati nanti? " Haaaaa tau pun, yang awak pegi share gambar mayat orang lain tu kenapa? Ingat mayat tu semua suka orang share gambar dia? Apa pengajaran yang dapat dari tengok gambar mayat? Bukan dia nak mati cara dia mati, semua orang nak mati cara baik. Dia dah takde, dia tak boleh nak backup diri sendiri kalau orang buat cerita pasal dia. 

On the positive side, mungkin dah hujung bulan ni, housemate dia asyik paw maggi dia sebab nak saving. So, dia hantar gambar mayat dengan harapan housemate dia tak lalu makan sebulan, dia pulak paw maggi housemate dia. Percayalah, kalau dah jenis muka tembok China, perut pun tebal macam tembok China. Hantarlah video orang bom kepala pun, dia tak kisah asal perut kenyang. Elok dia paw sebungkus, terus jadi 2 bungkus sebab stress kena tengok orang hilang kepala. 

Kalau gatal sangat nak share, tolong isi masa jadi macam mamat ni.





20140820

Be scared, human!



HAVE A NICE DAY HUMAN!
muahahahahahaha..ha..ha..ha..ha..

20140802

Nutella Tart.

Nutella tart tengah famous sekarang tapi orang panggil nutella pod sebab bentuk dia. Saya panggil tart nutella sebab saya buat bentuk macam tart tu. Haritu ada jumpa tapi mahal lepastu pod dia macam tak garing. Terpaksa simpan air liur lepastu telan masa tidur sebab teringin. Bila jumpa resipi, terus buat supaya air liur tak meleleh. 


Bahan - bahan untuk tart

1. 150g tepung gandum yang diayak
2. 25g gula aising yang diayak
3. 70g butter, dadu kecik
4. Sebiji telur, kasi pukul sikit
5. Esen vanila

Cara - cara nak buat tart

1. Gaul tepung, gula dengan mentega sampai jadi macam breadcrumps. Gambar takde sebab tangan kotor. Gaul guna hujung jari je.


2. Masukkan esen vanila dalam 1/2 sudu teh lepastu masukkan telur sikit je je, jangan masuk sekali semua. Gaul sampai jadi doh macam kat atas. Rehatkan sekejab. Kejab tu ikutla kalau nak solat dulu pun boleh. 


3. Cubit doh dalam besar 20sen tu lepastu tekan dalam acuan tart. Kalau takde, boleh guna tray muffin yang kecik lepastu tekan so nanti boleh isi nutella. 


4. Bakar dalam oven dengan suhu 180°c dalam 15 minit atau sampai korang rasa dia dah cukup masak, color dia dah ala ala golden brown. 


5. Keluarkan dari acuan, sejukkan kejab lepastu baru simpan dalam bekas.


6. Isi nutella dalam tart. Nak cantik, guna piping bag. Selekeh macam kat atas guna sudu je. Nutella takyah masak ke apa, skop terus dari botol, isi ikut banyak mana korang nak.

Best buat sendiri sebab boleh isi banyak gila lepastu puas hati. Murah pun ye jugak. Selamat cuba lepastu tanya kawan kawan sape nak order, boleh buat duit extra. 

20140801

Semperit susu.

Haritu, mak sibuk suruh buat kuih raya. Kebetulan memang nak buat rainbow cookies dengan nutella pod so buat kan la sekali semperit susu. So mak pun whatapps la resipi. Senang kemain, tapi cookies biasala leceh sebab walaupun senang nak buat. Semperit susu guna 3 bahan je. Takde mixer pun takpe, asal ada oven.

Bahan - bahan untuk semperit susu


1. 250g butter 
2. 1 cawan susu pekat
3. 5 cawan tepung jagung
4. chocolate chip / ceri untuk hiasan

Bentuk dia lari sikit, sebab nozel tu tak sama dengan nozel yang sepatutnya.


1. First sekali, masukkan butter yang dah lembut sekali dengan susu. Jangan guna butter cair nanti biskut berminyak.


2. Gaul sampai sebati. Kalau ada sesiapa yang nak exercise, suruh diaorang gaulkan.


3. Masukkan tepung jagung. Masukkan sikit sikit, jangan semua sekali. Masuk - gaul - masuk - gaul - masuk - gaul - ulang sampai muntah


4. Gaul sampai sebati macam gambar di atas. Ni gaul guna tangan sebab penat guna senduk. Baru betul air tangan, gituuuuuu


5. kalau guna non-stick pan takpayah balut dengan greaseproof paper. 


6. Siap untuk ditekan


7. Sebelum masuk oven, hias dengan chocolate chips ke ceri ke ikut masing masing. Ada juga yang saya hias dengan nutella tapi tak cantik sangat sebab sememeh je. Bakar dalam 160°c dalam 15 minit. 


8. Siap!

Senang je nak buat tapi kena sabar sebab penat nak picit sesatu. Selamat cuba lepastu bagi bakal mertua try, mesti dia suka hahahah