Ayat 1000 dinar adalah ayat ke 2 dan ke 3 dari surah At-talaq ( talak ), surah ke 65 dalam al-quran. Mula mula saya cari dalam al-quran takjumpa, rupanya bukan mula dengan ayat ke 2 tapi mula di penghujung ayat ke dua, bersambung dengan ayat ke 3.
Banyak ayat ayat pendek dalam al-quran yang boleh kita amalkan, salah 1 adalah ayat 1000 dinar. Saya pun baru teringat pasal ayat ni. Setiap ayat al-quran ada kelebihan masing masing. Yang penting, kita faham dan sentiasa baca. Sama jugak dengan ayat 1000 dinar ni. Selalunya ayat ni berkait dengan rezeki. Sebab tu banyak kedai kedai letak ayat ni kat kedai diaorang. Tapi bukan tu je kelebihan ayat 1000 dinar ni. Kita boleh baca masa kita bertawakal masa nak buat sesuatu, masa kita resah, masa naik kenderaan & taksalah kalau baca masa kita senang jugak sebab ni antara perkara yang mengingatkan kita pada yang mencipta kita. Dari apa yang saya baca, ayat ni elok baca 3 kali setiap kali habis solat fardhu.
Ada beberapa cerita berkaitan ayat ni, antaranya tentang mimpi seorang peniaga berjumpa dengan nabi Khidir yang disuruh bersedekah sebanyak 1000 dinar kepada orang miskin dan akhirnya diajarkan ayat 1000 dinar ni. Peniaga itu selamat masa kapal tu terkena bencana and akhirnya menjadi raja kerana dia tak berhenti baca ayat ni.
Boleh refer video bawah kalau nak dengar ayat 1000 dinar.
Insyaallah, Allah akan selalu tolong hamba-Nya yang dalam kesusahan selagi kita tak lupakan Allah.
No comments:
Post a Comment